Thursday, July 21, 2016

langkah-langkah pemasangan extension plug

Baru-baru ini, menyertai kursus video. Sepertimana, kursus video tentukan akan menghasilkan video. Oleh itu, saya mengambil peluang menghasilkan saya video berkait dengan eletrik. Anda mesti tanya, kenapa video berkait dengan elektrik bukan Bidang ICT? Ini kerana rakan saya pakar dalam bidang elektrik (dia sendiri yang kata dia pakar), dan saya hanya sebagai jurukamera sahaja.

Harap video ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Tidak perlu cakap banyak, marilah kita menyaksi video ini :



Tuesday, July 19, 2016

Logitech K400 Plus keyboard

Logitech K400 siri produk, pada dasarnya ialah papan kekunci tanpa wayar yang berkombinasi dengan pad sentuh (Touch pad). Di sini saya akan merekodkan pembukaan kotak logitech K400 Plus dariada seorang rakan baik yang merupakan peminat Logitech. Model K400 siri adalah produk yang baik, dimana rekabentuknya padat, tanpa wayar, mudah alih, dan mempunyai fungsi tetikus.

Oleh itu K400 siri boleh dikatakan adalah satu peralatan yang baik untuk HTPC (Wikipedia). Dimana ia dapat mengawal HTPC dari sofa untuk menikmati hiburan seperti video, lagu yang diingini.















Dalam pasaran terdapat 2 jenis warna untuk papan kekunci K400 Plus ini. Iaitu warna putih dan warna hitam seperti yang ditunjukkan di gambar sebelah kanan.

Untuk kali ini, rakan saya beli jenis warna hitam.
Harganya dalam RM 150.00 ~ RM 190.00. Harga K400 Plus lebih kurang sama harga dengan K400r.(offcial website)

Gambar di bawah adalah gambar pembungkusan K400.


Pandangan selepas kotak dibuka.
  


Berbanding dengan model lama K400 atau K400r, perbezaan secara fizikal adalah bentuk kekunci, kekunci suara rendah, suara tinggi dan bisu telah pindah dari sebelah kiri atas ke sebelah kanan atas, iaitu atas pada pad sentuh, kemudian terdapat garis warna kuning pada pad sentuh. Selain itu, yang boleh nampak adalah kekunci anak panah "atas" dan "bawah" telah dikecilkan,sekiranya nak tekan agar susah sikit.Dibawah adalah gambar K400 Plus padangan dekat berikuti dengan  gambar K400 dan K400r.





Seterusnaya lihat pada pandangan atas papan kekunci yang ada dibaawah. Yang tengah itu adalah penutup bateri,butang sebelah kiri penutup adalah suis buka/tutup bateri. Sekiranya tidak papan kekunci tidak digunakan, bolehlah tutupkan suis untuk menjimatkan kuasa bateri.


Sekali lagi, lihat pada belakang papan kekunci. K400 plus, seperti K400 dan K400r, papan kekunci ini memerlukan 2 biji bateri saiz AA.






Penutup K400 plus menyediakan tempat menyimpan pemancar usb "Unifying" untuk mengelakan daripada kehilang. Rekabentuk ini memberi kemudahan baik kepada pengguna yang ingin sentiasa membawa papan kekunci K400 plus bertugas di luar.

Setelah membaca Maklumat daripada Offcial website, didapati model ini mempunyai beberapa kelebihan yang patut diberitahu kepada orang ramai:

  • Menyokong sistem pengoperasian Android 5.0 ke atas dan Chrome OS.
  • Menyokong signal tanpa wayar sejauh 10 meter (33 kaki).
  • 18 bulan hayat bateri.
  • Menyokong 2 titik sentuhan pada pad sentuh.
  • Perisian diberikan untuk konfigurasi kunci mengukit kehendak seseorang.


Pengenalan kepada Intel Gen 6 processor





Buat masa kini, teknologi processor Intel yang paling terkini adalah generasi ke-6, Nama untuk microarchitecture  adalah Skylake. microarchitecture, kadang kala disingkatkan kepada µarch atau uarch) atau pengaturan komputer, ialah cara seni bina set arahan (ISA) tertentu dilaksanakan pada sesebuah pemproses.

Dari segi bentuk, intel gen-6 processor telah menggunakan soket LGA 1151 berbanding dengan processor gen-5 yang menggunakan soket LGA 1150.

Selain itu, processor gen-6 ini dapat menyokong RAM jenis DDR4, Jenis RAM yang terbaru.

Menurut sumber dari Microsoft (official website)  processor Gen 6 tidak akan membekalkan kemiskini kepada sistem pengoperasian Windows 7 dan Windows 8.1 pada 17/07/2018. Di situlah, akhirnya hayat Windows 7 dan Windows 8.1.

Intel merancang memperkenalkan 14nm Skylake processor untuk komputer meja pada bulan Ogos ini dan seterusnya untuk komputer riba pada suku ke 4.


Monday, July 18, 2016

Xperia™ X BARU akan datang

 Xperia™ X   BARU akan datang 




Fokus pada siri X ialah kepada keupayaan kamera dan bateri yang bagus. Bagi membezakan Siri X dengan siri yang lain, mereka turut menyertakan rekaan yang baik namun ingin bersaing dalam kategori pertengahan. Siri X juga tidak menyertakan versi kompak, tidak seperti siri terdahulu dan kesemua peranti dalam Siri X ini mempunyai saiz yang sama. Kesemua peranti ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 5-inci HD penuh, kecuali Xperia XA yang tidak mempunyai resolusi penuh dan hanya mempunyai paparan 720p.
Sony Xperia X hadir dengan rekaan yang mengikuti rekaan terbaru siri Xperia Z5 dan hadir dengan kemasan aluminium unibody. Salah satu perbezaan yang paling ketara pada siri X ini adalah ia menggunakan kaca 2.5D, yang bertujuan untuk membuatkan peranti lebih selesa digenggam dan dipegang. Ia semestinya sedikit berbeza dari Xperia Z5 yang mempunyai seakan-akan bucu pada bahagian tepi, yang menjadikan peranti tersebut tidak selesa dipegang. Dari segi saiz dan paparan, ia sedikit kecil berbanding Z5 dan perlu dikatakan Siri X bukanlah pengganti Siri Z.
Mengikuti tema rekaan terbaru Sony, pada sebelah kanan badan Xperia X disertakan dengan butang kuasa yang diintegrasikan dengan pengimbas cap jari, butang khusus untuk rakaman gambar, dan butang kawalan tahap bunyi. Dari segi reka letak, ia masih berada di ‘bawah’, menjadikan pengalaman untuk menekan butang kawalan tahap bunyi sedikit canggung. Ini kerana jika anda menggunakan tangan kanan, mungkin ibu jari anda terpaksa digerakkan dibawah posisi butang kuasa, sekaligus memberikan perasaan aneh dalam menggunakan butang tersebut. Namun ini bergantung kepada penggunaan peribadi pengguna.
Berikut adalah spesifikasi SONY XPERIA X
Sony Xperia X
Skrin5-inci Full HD 1920 x 1080
PemprosesSnapdragon 650
Memori3GB
Muatan Dalaman16GB / 32GB
Kamera Utama23MP
Kamera Depan13MP
Bateri2620 mAh
Kalis AirTidak
Pengecasan PantasYa
Fungsi LainPredictive Hybrid Autofocus, Remote Play
Video Sony Xperia X daripada website Sony



DIY bertukaran bateri Sony Xperia Z1 Compact


Sony Xperia Z1 Compact merupkan telefon yang saya guna sejak pembelian pada hujung tahun 2013.
Prestasi bateri tidak lagi beroperasi dengan keadaan optimum. Hayat bateri yang mempunyai 100% cas hanya boleh tahan sehingga 10 jam sahaja (keadaan mod persediaan). 

Oleh itu, saya beli satu bateri baru dan cuba membuat DIY untuk bertukaran bateri tersebut. Post ini alan merekodkan langkah-langkah bertukaran bateri Sony Xperia Z1 Compact.


Gambar di bawah, Peralatan dan bahan yang diperlukan .Mula dari Sebelah kiri dalam alat membuka penutup telefon, pita  kalis air, bateri baru dan telefon Sony Xperia Z1 Compact.


Bagaimana untuk membuka penutup telefon? Pada asasnya, iaitu, pertama dengan pengering rambut, meniup terhadap belakang telefon, pita asal menjadi lembut dan lebih mudah untuk mengungkit buka.

Seterusnya, adalah dengan menggunakan cawan sedutan melekat belakangnya, selepas itu masukan alat cungkil untuk cungkil belakang penutup tersebut.

Nampak macam mudah ? Tetapi dalam proses membukaan kali ini, satu kejadian sedih telah berlaku.
iaitu SALAH CUNGKIL!!!!

Rekabentuk Z1c yang berwarna hitam ini, tengah-tengah adalah rangka logam, belakang adalah plastik hitam. Pada awal pembukaan itu, telah cuba untuk mencungkil celah antara bingkai aluminium dan plastik penutup belakang dikeluarkan ... (Gambar kanan)

Mengambil masa yang lama membuka penutup dan alat cungkil pun dekat rosak (seperti gambar di bawah), barulah boleh satu celah. Bingkai aluminium pun rasa macam rasa sudah bengkok.Penutup masih tidak dapat dikeluarkan.

  


Lepas 10 minit, hampir nak menyerah diri, barulah mengetahui salah cungkil. Plastik yang berwarna hitam itu adalah sebahagian daripada rangka logam dan bukannya pita kilas air itu.

Sebelah kanan adalah gambar yang menunjukkan penutup belakang telah berjaya
ditanggalkan .Sebelah atas adalah gambar "close-up" setelah penutup ditanggalkan. Melalui gambar, anda boleh nampak ada satu pita kalis air yang lekat pada penutup.

Setelah buka penutup itu, pita kalis air tidak lagi berfungsi dengan baik, dan perlu digantikan yang baru.

Sebenarnya, cara nak buka penutup belakang ini adalah kerja yang mudah dan hanya perlu 5 mengambil masa minit sahaja. kesimpulannuya, penutup belakang adalah senang ditanggalkan sekiranya tempat yang dicungkil itu adalah betul.

Gambar di bawah (sebelah kiri) adalah bentuk bateri selepas ditanggalkan. Bateri ini diketatkan dengan skru,ia perlu dibuka dengan pemutar skru. Sekeping litar berwarna coklat yang lekat pada bateri itu adalah antena NFC



Gambar di atas (sebelah kanan) adalah keadaan telefon setelah bateri ditanggalkan.

Sambungan antara bateri dengan papan induk telefon adalah jenis soket "tekan masuk".Guna pemutar skru cungkil perlahan-laahn, maka soket akan ditanggalkan. Untuk mengelakkan soket tercabut keluar, pihak kilang menyediakan satu getah lembut untuk menahan soket tersebut. Oleh itu, selepas pertukaran bateri, pastikan getah itu letak balik pada belakang penyambung soket.


Selepas itu, adalan bahagian NFC. Gunakan pengering rambut tiup pada litar berwarna coklat itu
selama 1 ~ 2 minit, kemudiannya tanggalkan. Gambar sebelah kanan adalah litar NFC yang telah ditanggalkan.

Sambungan antara litar dengan papan induk telefon tidak mempunyai apa-apa soket, dimana ia hanya guna cara sentuh sahaja untuk menyambung antara litar dengan papan induk telefon.

Gambar di bawah (sebelah kanan), tempat yang telah dipetakan adalah pin penyambung litar. Semasa pemasangan bateri baru, litar ini perlu dipasang dengan berhati-hati untuk memastikan litar sentuh dengan pin pada papan induk.




Akhirnya pasang semula penutup belakang.

Sunday, July 17, 2016

Ubuntu kini boleh beroperasi dalam Windows 10

Windows 10 kini boleh menggunakan aplikasi Bash Shell and Ubuntu.

Walaubagaimapun, ciri ini hanya perlu tunggu suku 3  2016 baru akan dikenalikan. Buat masa sekarang, dalam Windows 10 Insider Preview  Fast Ring  preview, versi build 14316 (Official Website) mempunyai ciri ini untunk memberi peluang kepada pengguna mengalami ciri tersebut.

Dalam Winodws  10 Insider Preview, ciri Bash on Ubuntu on Windows  berfungsi sebagai versi beta. Oleh itu, ciri ini tidak muncul dalam sistem. Sekiranya ingin memasang ciri ini, boleh rujuk kepada [Installation Guide] (MSDN), langkah-langkah asas pemasangan seperti di bawah:

1. Aktikan mod pemaju (Developer Mode)
 
    Caranya adalah tekan kekunci win + I , buka tetingkap "tetapan", kemudian klik "kemaskini dan     keselamatan" dan klik pada sebelah kiri bahagian bawah "untuk pemaju"; masa ini pada paparan sebelah kanan akan berubah.Seterusnya pilih  "mod pemaju".

2.Aktikan windows Subsistem untuk Linux 

  Seterusnya, dengan  tekan kekunci win + R, lepas itu masukkan "Turn Windows features on or off".

  Cara alternatif adalah  dalam "tetapan", klik pada "sistem" di aplikasi dan ciri-ciri", seterusnya pilih  "program dan ciri-ciri" di sebelah kana bawah, kemudian pilih "pusing ciri-ciri windows kepada buka atau tutup".tetingkap yang sama akan muncul.

Dalam tetingkap "ciri-ciri windows" anda akan jumpa perkara"Windows subsystem for Linux (Beta)".Tandakan kotak perkara itu and kemudian klik ok. seterusnya ikut arahan restart komputer.

Perlu diingatkan di sini, adalah ciri ini hanya wujud dalam 64-bit Windows, jika Windows anda adalah 32-bit maka ia  tidak boleh digunakan.

Di samping itu, jika terlalu malas untuk menggunakan antara muka grafik perlahan-lahan merasa, anda juga boleh menggunakan perintah PowerShell (memerlukan peranan pentadbir sistem):

Enable-WindowsOptionalFeature -Online -FeatureName Microsoft-Windows-Subsystem-Linux


3. Muat turun dan pemasangan Ubuntu.
Langkah seterusnya adalah untuk membuka tetingkap "CMD" dan masukkan "bash" arahan ini, windows akan muncul  tips pemasangan Ubuntu. Anda boleh memasukkan "Y" untuk membiarkan sistem  mula memuat turun dan pemasangan Ubuntu.


Untuk menggunakan Bash on Windows, masukkan bash dalam "CMD atau PowerShell command. Versi Ubuntu yang dipasang adalah seperti dalam gambar di bawah:

root@localhost:~# lsb_release -a 
No LSB modules are available.
Distributor ID: Ubuntu 
Description:    Ubuntu 14.04.4 LTS
Release:        14.04
Codename:       trusty 


root@localhost:~# uname -a 
Linux localhost 3.4.0+ #1 PREEMPT Thu Aug 1 17:06:05 CST 2013 x86_64 x86_64 x86_64 GNU/Linux